Isu pemakanan dan kesihatan sering dilihat dari sudut zat, jenis hidangan atau label pemakanan tertentu sahaja.

Jenis hidangan yang dipilih, saiz hidangan dan kekerapan pengambilannya mempengaruhi kualiti pemakanan harian seseorang. Pada masa yang sama, pilihan hidangan masyarakat turut dipengaruhi oleh harga, tahap pengetahuan mengenai pemakanan sihat, gaya hidup serta sejauh mana pilihan hidangan yang lebih sihat mudah diperoleh.

Justeru, cabaran pemakanan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menyeluruh melalui peningkatan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kandungan nutrien hidangan, peluasan pilihan hidangan berkhasiat, penambahbaikan kualiti nutrien hidangan melalui idea dan pendekatan inovatif, serta penggubalan dasar berasaskan kajian saintifik yang terperinci.