KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti keperluan menambah baik struktur gaji bagi memastikan pendapatan pekerja meningkat seiring dengan produktiviti negara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, mengakui produktiviti negara dilihat semakin meningkat, namun kenaikan gaji pekerja tidak seiring dengan perkembangan itu.

Katanya, keadaan berkenaan menyebabkan jurang antara pekerja bergaji minimum dengan pekerja mempunyai kemahiran atau kelayakan lebih tinggi, semakin mengecil.

"Apabila kita bercakap soal gaji, ia membabitkan produktiviti. Jadi mahu tidak mahu, untuk meningkatkan produktiviti itu, selain kemahiran pekerja itu perlu ditingkatkan, kita juga kena teliti dari segi penggunaan teknologi, dari segi bagaimana skim latihan yang berterusan dan sebagainya.