Kuala Lumpur: Kepulan asap tebal berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) selepas Plaza Tol Sentul menghala ke pusat bandar, pagi ini, menarik perhatian pengguna jalan raya.

Kejadian tular menerusi perkongsian video pengguna Threads, @snapaholicphotography, menunjukkan kepulan asap kelabu memenuhi kawasan berhampiran laluan berkenaan.

Rakaman turut memaparkan beberapa kenderaan bergerak perlahan, termasuk penunggang motosikal yang melalui kawasan berasap.

Pengguna itu mendakwa, asap keluar dari kawasan longkang berhampiran lebuh raya, namun punca sebenar belum dapat dipastikan.