Kuala Lumpur: Selepas melalui tempoh perpisahan sementara, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui kepulangan mereka sebagai pasangan tetap membawa makna istimewa ketika misi memburu pingat emas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) terus menjadi keutamaan.
Wooi Yik berkata, mereka masih mempunyai impian yang belum tercapai dan mahu terus berjuang bersama bagi merealisasikan sasaran itu selepas 10 tahun bergandingan.
"Kami masing-masing mempunyai impian yang belum dicapai dan masih ada sesuatu untuk diperjuangkan.
"Fokus saya sudah tentu LA28 dan kami berharap dapat mempamerkan permainan lebih matang," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mereka menewaskan juara bertahan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, pada pusingan pertama Terbuka Denmark di Odense, tengah malam tadi.






