Kuala Lumpur: Peguam yang mewakili keluarga Noorizwan Zulkefly yang meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Oktober lalu, mendesak Ketua Polis Negara dan Kerajaan berhenti membisu serta memberikan penjelasan berhubung kecederaan parah yang dialami mangsa sebelum kematiannya.
Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Rania Aljunied berkata, desakan itu dibuat susulan pendedahan pakar patologi forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengenai hasil pemeriksaan bedah siasat terhadap lelaki berusia 42 tahun itu.
Noorizwan dilaporkan berada dalam tahanan polis selama 11 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebelum meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.








