Ketua Polis Kulim Syamsul Sinring berkata pelajar 13 tahun itu mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Ketua Polis Kulim, Syamsul Sinring, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang pada waktu rehat.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang guru 48 tahun memaklumkan pelajar itu ditemui dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah.

"Pengadu kemudian ke lokasi dan mendapati mangsa masih sedar serta boleh bercakap, sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.