MELAKA - Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia satu tahun yang disyaki diabaikan sehingga mendatangkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Myanmar termasuk ibu mangsa yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan di dua lokasi, iaitu di Jalan Melati, Banda Hilir dan Pulau Melaka antara jam 1.30 petang hingga 6 petang pada Khamis."Polis menerima laporan seorang bayi lelaki warga Myanmar berusia setahun disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka kira-kira jam 4 petang pada Rabu yang dibuat seorang doktor di hospital itu."Pada awalnya ibu mangsa mendakwa anaknya meninggal dunia akibat sawan, namun hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan fizikal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama
Dakwa anak maut kerana sawan, bedah siasat dedah kecederaan fizikal

Key points
- MELAKA - Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia satu tahun yang disyaki diabaikan sehingga mendatangkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.
- Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Myanmar termasuk ibu mangsa yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan di dua lokasi, iaitu di Jalan Melati, Banda Hilir dan Pulau Melaka antara jam 1.30 petang hingga 6 petang pada Khamis.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Ibu dakwa dua anak dibuli rakan, ditampar guru
- Harian Metro Tracie dakwa disindir kerana dialek Sabah
- Sinar Harian Dakwa anak maut kerana sawan, bedah siasat dedah kecederaan fizikal (this story)








