KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membatalkan syarat simpanan minimum RM15,000 kepada jemaah haji sebelum dibenarkan menunaikan ibadah itu, kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah.
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN- Kubang Kerian), berkata syarat berkenaan perlu diteliti semula bagi memastikan TH terus berperanan memudahkan umat Islam menunaikan haji, bukannya menambah beban kewangan mereka.
"Umumnya rakyat kita, orang Islam di Malaysia ini pergi haji berdua. Kalau dua orang makna RM30,000 kena ada dalam akaun yang tak boleh disentuh sampai mereka pergi haji.
"Jumlah itu bagi orang kampung ini satu jumlah yang sangat besar. Kalau dah kita senarai mereka dapat pergi haji, mereka sudah tahu untuk sediakan duit.










