KUALA LUMPUR: Di sebalik kontroversi yang kembali mengheret kehidupan peribadi suaminya iaitu pelawak Shuib, Watie Hanifiah, mengakui terharu dengan kematangan anak-anak yang tampil mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan dakwaan tanpa bukti.

Watie atau nama penuhnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 32, berkata, respons Thalita dan Matin ketika berdepan pertanyaan mengenai dakwaan hubungan mereka bermula sebelum pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, benar-benar menyentuh perasaannya.

Menerusi hantaran di Threads, Watie meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap cara kedua-dua anak Shuib itu menangani persoalan berkenaan, selain menyifatkan pandangan mereka sebagai peringatan bermakna buat semua pihak.