KUALA LUMPUR: Kegagalan menyentuh perancangan menyambung Lebuhraya Pantai Timur (LPT) serta ketidakjelasan keseimbangan pembangunan wilayah antara persoalan yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang selepas pembentangan Belanjawan 2027.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu sambungan lebuh raya berkenaan terus menjadi persoalan, khususnya dalam kalangan penduduk Pantai Timur yang menantikan kesinambungan laluan berkenaan selepas jajaran sedia ada hingga Terengganu.
“Bajet mesti menjangkau benda-benda yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan. Isu-isu besar seperti isu kesesakan lalu lintas (lebuh raya) ini isu serius. Pantai Timur, bila setiap kali kita lihat lebuh raya sekarang sampai Terengganu, bila nak sambung? Walaupun dijanji nak sambung,” katanya ketika ditemui pekarangan lobi Parlimen, hari ini.








