Assalamualaikum Datuk. Saya ingin tahu tentang pemberian nafkah kepada isteri. Saya membayar ansuran kereta, tambah nilai kad tol, membayar segala bil utiliti dan menyediakan rumah untuk keluarga (isteri dan anak). Apakah saya masih wajib memberikan nafkah dalam bentuk wang tunai kepada isteri?

JAWAPAN

Nafkah suami terhadap isteri: Hukum dan realiti semasa

Waalaikummussalam. Terima kasih atas persoalan yang diajukan. Dalam masyarakat kita, isu nafkah sering menjadi perbahasan apabila menyinggung soal tanggungjawab suami dalam rumah tangga. Ada suami yang menanggung semua keperluan keluarga, namun masih timbul pertanyaan: 'Apakah suami tetap wajib memberi nafkah dalam bentuk wang tunai kepada isteri, walaupun rumah, kereta, bil utiliti dan segala keperluan hidup sudah disediakan?'