KUALA LUMPUR – Kerajaan meneruskan dasar fiskal menerusi Belanjawan Madani Kelima dengan peruntukan keseluruhan melonjak kepada RM510 bilion berbanding RM470 bilion sebelum ini.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM376.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus Persekutuan, manakala RM83 bilion lagi diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan Persekutuan.
“Bagi mengukuhkan momentum pelaburan domestik, peruntukan turut disokong oleh pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) sebanyak RM25 bilion, pelaburan awam-swasta bernilai RM11 bilion serta RM14.2 bilion daripada pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).









