PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin, dipanggil semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini dipercayai berkaitan notis pengisytiharan harta.
Beliau yang hadir bersama dua peguamnya dilihat memasuki pekarangan bangunan suruhanjaya itu pada jam 11 pagi.
Setakat jam 1 tengah hari ini, urusan beliau di SPRM masih belum selesai.
Difahamkan, kehadiran beliau adalah bagi menerima notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.









