PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dipanggil semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, dan beliau hadir bersama dua peguamnya.

Beliau memasuki pekarangan bangunan SPRM itu pada pukul 11 pagi tadi, dipercayai berkaitan pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, urusan beliau di SPRM masih belum selesai.

Sebelum ini, beliau telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan serta salah guna pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta dan kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM.