PETALING JAYA – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Melaka akan beroperasi semula mulai esok, 15 Oktober, tertakluk kepada pengesahan rasmi pihak berkuasa berhubung perkembangan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN) Melaka dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu mengambil kira perkembangan kualiti udara semasa dengan mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga pendidikan.

Bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), perhimpunan serta kokurikulum perlu dihentikan serta-merta.

Murid juga digalakkan memakai pelitup muka dan minum air dengan kerap bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pencemaran udara.