MELAKA: Semua sekolah di negeri ini termasuk sekolah rendah agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ditutup mulai esok berikutan keadaan jerebu yang semakin serius.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan itu selaras dengan arahan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.
“Saya mendapat pengesahan bahawa esok sekolah di Melaka akan ditutup seperti arahan Menteri Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin serius.
“Bagaimanapun, tempoh penutupan itu belum dinyatakan dan bergantung kepada bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) semasa di negeri ini,” katanya.








