JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemandu e-hailing dipenjara lapan tahun enam bulan selepas mengaku bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya termasuk memaksa mangsa memakan najis sendiri, empat tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gapoor menjatuhkan hukuman terhadap Chan Wen Jie, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengaku di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana sebelum ini dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Oktober 2022 selain tertuduh perlu melaksanakan