Putrajaya: Malaysia dan Indonesia sudah mengadakan perbincangan bagi meneroka kerjasama menangani isu jerebu dan kebakaran hutan di Kalimantan serta Sumatera yang berlarutan hampir dua bulan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menerusi perbincangan itu, kedua-dua negara akan meneliti kaedah terbaik untuk bekerjasama bagi menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu semakin membimbangkan dan mengancam kesihatan penduduk di rantau ini.

Beliau berkata, perbincangan berkenaan membabitkan agensi dan kementerian berkaitan dari kedua-dua negara termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan pihak berkuasa Indonesia.

Katanya, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Seri Amran Mohamed Zin sudah berbincang bersama-sama Majlis Keselamatan Negara (MKN), NADMA dan pihak Indonesia untuk kita menangani secara bersama isu kebakaran ini.