KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara sebelum Seri Paduka berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273.

MRR kali ini dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.