KUALA LUMPUR: Supratechnic (M) Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi perikanan Iceland, GreenFish, bagi memperkenalkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang membantu nelayan kecil mengenal pasti kawasan berpotensi mempunyai ikan, sekali gus berpotensi menjimatkan masa dan kos operasi.
Kerjasama itu membabitkan pengenalan aplikasi Afli yang menggabungkan teknologi AI, pemantauan satelit dan data oseanografi untuk menghasilkan ramalan lokasi ikan yang dikemas kini sekurang-kurangnya setiap enam jam.
Aplikasi itu dibangunkan khusus untuk nelayan berskala kecil yang menggunakan bot di bawah 40 tan daftar kasar (GRT), khususnya di Zon A dan B, serta boleh digunakan menerusi telefon bimbit tanpa memerlukan perkakasan tambahan.








