KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara di sini.Pada sesi menghadap itu, Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka Baginda.Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept lepas.Mohd Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu iaitu Datuk Mohamad Zainal Abdullah.Mohamad Zainal yang sebelum ini menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lepas.
Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara

Key points
- KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.
- Pada sesi menghadap itu, Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka Baginda.
- Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept lepas.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Agong berkenan terima menghadap Ketua Polis Negara (this story)







