Moscow: Juara dunia gimnastik artistik, Angelina Melnikova, tidak dapat beraksi pada Kejohanan Dunia di Rotterdam, Belanda minggu depan selepas permohonan visanya ditolak pihak berkuasa negara itu.

Selain Angelina, dua lagi gimnas wanita Rusia, Viktoria Listunova dan Anna Kalmykova, turut berdepan nasib sama sekali gus menyaksikan mereka terlepas kejohanan yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 25 Oktober ini.

Persekutuan Gimnastik Rusia menyifatkan keputusan itu sebagai satu bentuk diskriminasi dan melanggar prinsip persaingan adil dalam sukan.

Malah, badan itu mendakwa pihak berkuasa Belanda sengaja menghalang gimnas terbaik Rusia daripada menyertai kejohanan berkenaan.