BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Terbuka Denmaark 2026 dengan langkah kanan apabila berjaya menyingkirkan juara bertahan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, sekali gus mara ke pusingan kedua di Odense, semalam.Pasangan pilihan ke empat yang juga juara edisi 2023 itu mengambil masa 51 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan 21-19, 14-21, 21-11 dalam kejohanan bertaraf Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.Menunggu Aaron-Wooi Yik di pusingan kedua rakan sepasukan, Aaron Tai-Yap Roy King, sekiranya pasangan yang baru dinobatkan sebagai juara Terbuka Arctic 2026 itu berjaya melepasi cabaran gandingan Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Lee Jong-min dalam perlawanan pembukaan mereka yang dijadualkan berlangsung lewat hari ini.Berbeza pula nasib perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, yang tersingkir awal selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Line Christophersen 5-21, 18-21, dalam masa 32 minit.Terbuka Denmark 2026 menawarkan hadiah keseluruhan AS$950,000 (kira RM3.9 juta). - Bernama
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara bertahan, Letshanaa tersingkir awal

Key points
- BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Terbuka Denmaark 2026 dengan langkah kanan apabila berjaya menyingkirkan juara bertahan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, sekali gus mara ke pusingan kedua di Odense, semalam.
- Pasangan pilihan ke empat yang juga juara edisi 2023 itu mengambil masa 51 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan 21-19, 14-21, 21-11 dalam kejohanan bertaraf Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.
- Menunggu Aaron-Wooi Yik di pusingan kedua rakan sepasukan, Aaron Tai-Yap Roy King, sekiranya pasangan yang baru dinobatkan sebagai juara Terbuka Arctic 2026 itu berjaya melepasi cabaran gandingan Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Lee Jong-min dalam perlawanan pembukaan mereka yang dijadualkan berlangsung lewat hari ini.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Aaron-Wooi Yik kembali, terus diuji juara dunia
- Harian Metro Laluan getir Aaron-Wooi Yik di Terbuka Denmark
- Free Malaysia Today Reunited Aaron-Wooi Yik clear 1st round at Denmark Open
- Berita Harian Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan
- Harian Metro Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan
- Sinar Harian Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara bertahan, Letshanaa tersingkir awal (this story)








