SENAMAN antara aktiviti penting yang dapat membantu seseorang mengekalkan kesihatan fizikal dan kecergasan tubuh.
Namun, apabila hendak memilih waktu sesuai untuk bersenam, ada yang lebih gemar melakukan aktiviti pada waktu pagi manakala sesetengah orang pula memilih waktu petang.
Senaman pada waktu pagi mempunyai beberapa kelebihan. Selepas bangun tidur, aktiviti fizikal ringan hingga sederhana boleh membantu tubuh menjadi lebih aktif dan memberikan kesegaran sebelum memulakan rutin harian.
Bagi sesetengah individu, bersenam pada waktu pagi juga dapat membantu membentuk rutin yang lebih konsisten kerana aktiviti tersebut dilakukan sebelum kesibukan kerja, persekolahan atau urusan harian bermula.






