London: Pierre Sage mengakui peluang mengendalikan Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terlalu besar untuk dilepaskan, ketika beliau bersiap untuk kembali ke Perancis bagi menghadapi bekas kelabnya, Lyon, dalam aksi Liga Europa, Jumaat ini.

Pengendali berusia 47 tahun itu bakal berdepan Lyon, kelab yang melonjakkan namanya dalam dunia kejurulatihan selepas dilantik pada November 2023 ketika pasukan berkenaan bergelut di dasar Ligue 1.

Sage berjaya mengubah nasib Lyon sehingga layak ke saingan Eropah dan mara ke final Piala Perancis dalam tempoh 14 bulan kendaliannya, sebelum dipecat pada pertengahan musim berikutnya.

Beliau kemudian bangkit bersama Lens musim lalu apabila membantu kelab itu menjulang Piala Perancis buat kali pertama dalam sejarah, selain menamatkan saingan Ligue 1 di tempat kedua di belakang Paris Saint Germain (PSG).