PUTRAJAYA: Penjawat awam menikmati diskaun 20 peratus bagi langganan keahlian Pandapro selama 12 bulan, menerusi Insentif Rebat RAHMAH Pandapro Penjawat Awam 2026.

Kementerian Komunikasi berkata, inisiatif hasil kerjasama strategik antara kementerian itu dengan Foodpanda, bagi menyokong pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) untuk seluruh warga perkhidmatan awam.

"Menerusi inisiatif di bawah perkhidmatan Payung RAHMAH ini, Foodpanda menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi pelan langganan keahlian pandapro selama 12 bulan, khusus untuk penjawat awam yang memiliki alamat e-mel rasmi kerajaan (@xxx.gov.my).

"Penawaran khas ini bertujuan memberikan kemudahan dan membantu meringankan beban kos sara hidup warga perkhidmatan awam dalam menjalani rutin kerja harian," kata kementerian itu menerusi kenyataan hari ini.