KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, mengekalkan sentimen berhati-hati namun positif, disokong oleh aktiviti belian saham murah yang berterusan serta asas domestik yang berdaya tahan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.50 mata atau 0.27 peratus kepada 1,627.85 daripada 1,623.35 semasa ditutup semalam.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 193 berbanding 137 manakala 291 kaunter tidak berubah, 2,234 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 239.44 juta unit bernilai RM140.08 juta.