Kuala Lumpur: Penjawat awam perlu memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif Belanjawan 2027 dilakukan dengan pantas dan berkesan bagi membolehkan manfaat ekonomi dirasai rakyat secara menyeluruh.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata seluruh anggota perkhidmatan awam perlu bersedia menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Waad Nasional dalam menyokong dasar kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan berkesan amat penting bagi memastikan pelbagai inisiatif yang diumumkan kerajaan memberi impak positif kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Bagi seluruh anggota perkhidmatan awam, saya yakin kita semua sentiasa bersiap sedia menggalas segala amanah dan tanggungjawab ini sebagai Waad Nasional.