KUALA LUMPUR: Lima rakyat Malaysia yang didakwa menyembunyikan lima kilogram kokain dalam pelapik kasut di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun pada Sabtu lepas, bertolak dari Malaysia sehari sebelumnya dengan tujuan melancong.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Hussein Omar Khan, berkata semakan mendapati kumpulan itu terdiri daripada enam individu berusia 19 hingga 26 tahun berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Bagaimanapun hanya lima daripada mereka, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan ditahan, manakala seorang lagi telah pulang ke Malaysia. JSJN PDRM dimaklumkan pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan itu pada 10 Oktober.






