KUALA LUMPUR: Saham EcoSys (Malaysia) Bhd melonjak lebih dua kali ganda pada penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, didorong permintaan kukuh terhadap syarikat penyedia penyelesaian industri semikonduktor itu.

Saham syarikat dibuka pada 70 sen sesaham, meningkat 43 sen atau 159 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 27 sen sesaham.

Berdasarkan harga terakhir ketika laporan ini disediakan, syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu mencatatkan permodalan pasaran kira-kira RM420 juta.

Pengarah Urusan EcoSys, Chan Chee Wei, berkata sambutan positif pelabur meningkatkan tanggungjawab pihak pengurusan untuk terus memperkukuh prestasi perniagaan dan mencipta nilai kepada pemegang saham.