SEKTOR perkhidmatan diunjur mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2 peratus pada 2027 dengan semua subsektor dijangka menunjukkan prestasi positif.
Menurut Tinjauan Ekonomi 2027, pertumbuhan itu akan disokong perkhidmatan digital bernilai tinggi dan penggunaan swasta yang berdaya tahan, seiring peningkatan ketibaan pelawat asing susulan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027) serta inisiatif agenda nasional bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi digital.
“Subsektor perdagangan borong dan runcit terus menjadi penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan dengan pertumbuhan 4.4 peratus, terutama dipacu segmen perdagangan borong, manakala segmen kenderaan bermotor dijangka meningkat, disokong permintaan berdaya tahan terhadap kenderaan persendirian baharu, terutama kereta pemasangan tempatan.







