KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.2 hingga 5.2 peratus pada 2027, disokong momentum pertumbuhan berterusan selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan enam peratus pada suku kedua 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pencapaian pertumbuhan ekonomi pada suku kedua itu mengatasi jangkaan, termasuk unjuran agensi kerajaan.

Negara mencatat pertumbuhan KDNK suku kedua pada enam peratus, iaitu prestasi yang tidak terjangkau termasuk oleh agensi kerajaan.

Dengan momentum pertumbuhan berterusan, ekonomi negara bagi keseluruhan 2026 diunjurkan berkembang antara 4.8 hingga 5.3 peratus.