KUALA LUMPUR: Kumpulan OSK memperbaharui hala tuju jenamanya menerusi penyatuan tiga bahagian perniagaan utama di bawah Construction, Investment dan Development (CID), dengan sasaran memperkukuh pertumbuhan serta menawarkan nilai lebih besar kepada pelanggan dan komuniti.

Langkah itu diperkenalkan menerusi pelancaran identiti jenama baharu OSK di EQ Kuala Lumpur, pada 8 Oktober lalu, berteraskan tujuan bersama "Making Ordinary Extraordinary" atau menjadikan perkara biasa sesuatu yang luar biasa.

Pembaharuan itu tidak mengubah logo korporat sedia ada, sebaliknya mengekalkan legasi OSK dengan memperkenalkan tujuan jenama yang diperbaharui, warna baharu dikenali sebagai OSKoral serta kerjasama lebih erat antara OSK Construction, OSK Property Investment dan OSK Property Development.