KUALA LUMPUR: Kemasukan pelabur asing ke negara ini perlu memberi nilai tambah kepada ekonomi serta tidak menjejaskan ekosistem dan rantaian bekalan tempatan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kerajaan menyambut baik penyertaan syarikat luar untuk bersaing, namun ia mestilah berlandaskan prinsip persaingan adil.
Katanya, pelaburan asing sebaliknya perlu mengukuhkan industri sedia ada dan bukannya 'menghakis' pasaran tempatan yang dibina sejak sekian lama.
"Kita mahu meyakinkan rakan kongsi dan pelabur asing supaya menjadi pelabur yang dipercayai serta rakan institusi.
"Pada masa sama, mereka perlu meninggalkan sesuatu kepada kita supaya dapat membina ekosistem bersama serta wujud saling melengkapi," katanya ketika berucap pada pembukaan Forum Ekonomi Belia di sini, hari ini.








/file/1326/a36ec992e7106f2d294033389b03f61e.jpeg)
