New York: Pesuruhjaya LPGA, Craig Kessler menyifatkan kontroversi iklan Good Good Golf bersama Callaway sebagai sesuatu yang amat menyedihkan, namun menegaskan individu yang melakukan kesilapan serius perlu diberi peluang untuk belajar daripadanya.

Kessler berkata demikian ketika menghadiri sidang kemuncak Front Office Sports Tuned In, Selasa lalu, ketika isu iklan yang mencetuskan kecaman meluas kerana menggambarkan keganasan terhadap wanita terus menjadi perhatian.

Video promosi kayu golf pemacu keluaran bersama Callaway itu memaparkan pengasas bersama Good Good, Garrett Clark, menolak pencipta kandungan Alexis Miestowski sehingga terjatuh selepas wanita itu cuba mencapai kayu berkenaan.

Iklan berkenaan segera ditarik balik selepas menerima kritikan orang ramai.