Kuala Lumpur: Polis masih menunggu laporan penuh Jabatan Kimia dan keputusan patologi bagi menentukan punca sebenar kematian seorang lelaki ketika dalam tahanan, 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, orang kena tahan (OKT) seorang lelaki tempatan berusia 40-an berkenaan meninggal dunia jam 1.52 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

"OKT dibawa ke hospital selepas dilaporkan tidak sihat sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Punca kematian buat masa ini masih belum dimuktamadkan dan kita masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kimia.