KUALA LUMPUR – Polis menegaskan proses penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 1 Oktober lalu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, bagaimanapun punca kematian Noorizwan Zulkefly masih belum dimuktamadkan kerana polis masih menunggu laporan lengkap Jabatan Kimia serta keputusan rasmi pakar patologi."Siasatan kes kematian dalam tahanan itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.Beliau berkata, setiap proses tangkapan dan penahanan perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan termasuk membawa individu yang ditahan ke hadapan majistret bagi urusan permohonan reman."Sekiranya seseorang tahanan didapati tidak sihat, tindakan membawa individu berkenaan ke hospital perlu dilakukan dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.Sebelum ini, media melaporkan peguam keluarga seorang penganggur yang meninggal dunia ketika dalam tahanan menggesa polis menyiasat kes berkenaan sebagai kes bunuh.Peguam, N Surendran dilaporkan berkata, sehingga kini tiada penjelasan berhubung sebab Noorizwan ditahan pada 20 September lalu atau kesalahan yang didakwa dilakukannya.Menurutnya, pakar patologi memaklumkan punca kematian Noorizwan adalah akibat hentakan objek tumpul yang menyebabkan kecederaan serius termasuk enam hingga tujuh tulang rusuk patah serta kecederaan pada tulang belakang.Dalam perkembangan berkaitan, Fadil berkata, semakan rekod lampau mendapati lelaki terbabit mempunyai kira-kira 60 rekod jenayah termasuk 18 rekod berkaitan dadah."Kita turut mendapati terdapat 17 kes membabitkan pecah rumah dan curi di kawasan Cheras yang dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan," katanya.Menurut beliau, terdapat tiga laporan terbaharu membabitkan lelaki tersebut iaitu satu kes narkotik dan dua kes jenayah."Bagi kes narkotik, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952."Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 September lalu sebelum keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) diberikan," katanya.Beliau berkata, bagi kes kedua, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan pecah rumah."Arahan pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan diberikan selepas siasatan mendapati terdapat padanan cap jari di lokasi kejadian."Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada tindakan lanjut pada 6 Oktober lalu susulan kematian lelaki berkenaan," katanya.Menurut beliau, bagi kes ketiga yang membabitkan dakwaan mencuri patung Buddha, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 8 Oktober lalu sebelum keputusan NFA diberikan kerana suspek telah meninggal dunia."Orang ramai dimi