Fadil Marsus pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Polis menegaskan proses tangkapan dan penahanan Noorizwan Zulkefly yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 1 Okt lalu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata bagaimanapun punca kematian lelaki berusia 42 tahun itu belum dimuktamadkan kerana polis masih menunggu laporan lengkap Jabatan Kimia dan keputusan rasmi pakar patologi.
“Siasatan kes kematian dalam tahanan itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FShaikHusseinMydin11_886646.png&w=480&output=webp&q=85&we)