Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata sokongan itu ditegaskan semula dalam perbincangan beliau bersama rakan sejawatnya Ding Xuexiang hari ini. (Gambar Facebook)BEIJING: China sekali lagi menyatakan sokongan terhadap hasrat Malaysia menjadi anggota penuh Brics, selain berharap Putrajaya terus memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan kerjasama antara Beijing dengan negara Asean.
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata sokongan itu ditegaskan semula dalam perbincangan beliau bersama rakan sejawatnya Ding Xuexiang di Great Hall of People, hari ini, selepas Presiden China Xi Jinping sebelum ini turut menyatakan pendirian sama.
"Walaupun terdapat sokongan daripada Presiden Xi sebelum ini, dalam perbincangan hari ini, China sekali lagi menyatakan sokongan terhadap kemasukan Malaysia sebagai anggota penuh Brics.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FShaikHusseinMydin11_886646.png&w=480&output=webp&q=85&we)