Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia berserta syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan.KUALA LUMPUR: Seorang warga China yang menuntut di sebuah universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas teman wanita dan adik wanita itu bulan lalu.
Chen Jun, 20, didakwa menikam warga tempatan Leong Kai Ting, 21, dan adiknya Leong Shun Jie, 18, menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian di sebuah rumah di Taman Sri Bintang, Kepong, di sini, pada 5 pagi 29 Sept lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FShaikHusseinMydin11_886646.png&w=480&output=webp&q=85&we)