BATU PAHAT: Ahli keluarga terdekat Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, mengakui terasa seolah-olah arwah masih berada di kediaman keluarga secara fizikal walaupun selepas kira-kira dua minggu sejak kematiannya.
Datuk mangsa, Khyar Abas, 69, berkata, hal itu kerana barangan peribadi milik mangsa masih tersusun rapi seperti keadaan asal, sebelum kejadian di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, 3 Oktober lalu.
Katanya, sehingga sekarang bilik arwah tidak berusik, termasuklah baju dan barangan persekolahannya.
“Walaupun dua minggu telah berlalu, tetapi saya masih tidak boleh lupa. Ini kerana saya, isteri dan arwah yang tinggal bertiga di kediaman ini. Jadi memang tera









