Jasin: "Saya tak anggap mereka macam orang luar tapi seperti anak sendiri dan keluarga baru dalam hidup saya."

Itu kata pemilik sebuah klinik, Dr Muhammad Solehin Saleh, 40, ketika berkongsi kisahnya menyantuni dan membantu sembilan beradik yatim piatu yang menetap di Taman Maju, di sini.

Menceritakan kisah itu, Dr Muhammad Solehin berkata, dia menerima maklumat berkenaan sembilan beradik itu ketika mengadakan program agihan tauhu rangup kepada 400 penduduk setempat baru-baru ini.

Lantaran itu, Dr Muhammad Solehin menziarahi rumah mereka bagi melihat keadaan sebenar dan mengetahui keperluan mereka.