BATU PAHAT: Dua wanita bersaudara yang maut dalam kebakaran selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng, di sini semalam pernah berjanji untuk sehidup semati sejak mereka kecil.
Ibu saudara mereka, Norbani Mahpol, 41, berkata, Siti Nur Batrisya Mohd. Halid, 22, merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik manakala Siti Nurmaisarah Abdul Jalil, 22, pula merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan hanya berbeza beberapa bulan kelahiran.
Menurutnya, kedua-dua saudara itu mempunyai hubungan yang akrab seolah-olah mereka adik beradik sekeluarga kerana sebaya dan juga tinggal di kediaman bersebelahan satu sama lain di Kampung Parit Sagil, di sini.
“Mereka bersekolah bersama-sama daripada sekolah rendah sehingga tamat tingkatan enam. Malahan kedua-dua juga baharu mengikat tali pertunangan masing-masing pada bulan April lalu,” katanya kepada pembe









