PETALING JAYA: Kesanggupan abang melayan ragam dua adiknya yang beriya-iya mahu memastikan sekolah benar-benar ditutup akibat jerebu mengundang sebak apabila semuanya maut dalam nahas motosikal di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, pagi tadi.
Ibu mangsa, Julaiha Munaji, 42, berkata tiga anaknya itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan kembali ke rumah di Kampung Parit Haji Sirat, Pontian.
"Saya dah beritahu tak payah pergi sebab sekolah tutup hari ini. Tapi, mereka berdua beriya-iya dan berkeras hendak pergi juga.
"Jadi, abangnya tolong hantarkan untuk puaskan hati mereka, nak tunjuk memang sekolah tutup. Tapi apakan daya, dalam perjalanan pulang mereka kemalangan," katanya menurut Berita Harian.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIsmailLasim1_883710.png&w=480&output=webp&q=85&we)