PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada 2025, dengan kadar kesuburan wanita turut merosot kepada 1.5 anak, sekali gus memperlihatkan trend penurunan kelahiran di negara ini.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, berdasarkan laporan Perangkaan Penting Malaysia 2026 yang diterbitkan hari ini, sebanyak 396,175 kelahiran hidup direkodkan tahun lepas berbanding 414,918 kelahiran pada 2024, iaitu pengurangan 18,743 kelahiran.
Menurut DOSM, penurunan itu turut menyaksikan kadar kelahiran kasar (CBR) merosot kepada 11.6 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk berbanding 12.2 kelahiran pada tahun sebelumnya.
"Semua kumpulan etnik utama merekodkan penurunan CBR pada 2025 berbanding 2024. Etnik Melayu merekodkan CBR tertinggi dengan 14.9 kelahiran, manakala etnik Cina kekal merekodkan CBR terendah dengan 5.0 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2025," menurut kenyataan itu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Foppo1_373469.png&w=480&output=webp&q=85&we)
