PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju menurunkan kadar Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan jagaan warga emas daripada 8 peratus kepada 6 peratus bermula 1 Januari 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah berkenaan diambil bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pihak keluarga serta pusat jagaan dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan warga tua yang berkualiti.
“Pengecualian penuh turut diberikan bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN
The post Cukai perkhidmatan jagaan warga emas turun kepada 6 peratus appeared first on Utusan Malaysia.








