Kuala Lumpur: Agrobank akan memberi tumpuan khusus kepada peningkatan pengeluaran makanan tempatan, pemodenan sektor pertanian serta pengukuhan keterjaminan makanan negara secara menyeluruh melalui peruntukan di bawah Belanjawan 2027.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, sebagai komitmen awal, pembiayaan berjumlah RM40 juta disediakan oleh Agrobank bagi projek akuakultur, disokong dana pembiayaan melebihi RM1 bilion menerusi kerjasama pelbagai institusi kewangan bagi menggalakkan adaptasi teknologi pertanian.
"Langkah ini bakal membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha tempatan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil pertanian sekali gus memperkasakan rantaian bekalan makanan dalam negeri," katanya dalam kenyataan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Foppo1_373469.png&w=480&output=webp&q=85&we)
