Kuala Lumpur: Penyanyi, Elliza Razak, 42, tidak kisah untuk melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa demi mencari rezeki buat dua anaknya yang kini berusia 12 dan 10 tahun.

Elliza yang turut menjadi pengacara majlis, menyanyi dan berniaga berkata, dia masih bergelut dengan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada anak-anaknya.

"Saya sangat 'struggle', sampai sekarang masih 'struggle'. Sebab itu tiba-tiba saya menjadi hos untuk acara ini. Apa sahaja yang boleh menjana pendapatan, saya buat sebab fokus saya adalah untuk membesarkan anak-anak.

"Pada zaman ini, saya sudah tidak kejar kemewahan dunia. Saya cuma mahu selesaikan komitmen dan memenuhi keperluan asas. Itu pun saya sudah bersyukur dan gembira.