Bangi: Kerajaan akan terus memantau perkembangan berhubung penahanan lelaki beragama Islam yang didakwa terbabit melakukan ritual agama lain sehingga tular di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata pemantauan itu dilaksanakan dengan kerjasama jabatan agama berkaitan.

Katanya, bagaimanapun pihaknya menghormati bidang kuasa jabatan agama negeri masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Seminar Penerbitan Islam Tahun 2026 dan Pelancaran Majlis Penerbitan Buku Agama (MAPBA), di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini hari ini.