KUALA LUMPUR – Pemandu kereta BYD, Raeven Goh Wey Haur selesai membayar ikat jamin RM36,000 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh yang berusia 24 tahun yang memakai pelitup muka itu dilihat keluar dari mahkamah pukul 12 tengahari diriingi bapa dan peguamnya.

Terdahulu pegawai bank itu, didakwa dan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didapati memandu kenderaan jenis BYD Seal dengan cara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian kepada kanak-kanak berusia lima tahun iaitu Asiah Ahmad Syahir yang didakwa mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987 (pindaan 2024) dan boleh di hukum di bawah akta sama.